TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 79)
Transit (1)
"Ahh...kena transit". Inilah keluhan kebanyakan penumpang. Saya juga termasuk dalam golongan ini 15 tahun lepas. Kalau boleh nak sampai destinasi akhir tanpa tukar pesawat & lapangan terbang. Beruntung orang yang ada private jet.
Bila asyik & kerap terbang, transit bagi saya sudah jadi satu kelebihan. Kalau boleh saya nak transit sebanyak mungkin samada bagi tujuan bisnes atau persahabatan atau melancung.
Memang saya kena pergi London bagi mesyuarat resmi. Boleh saja terbang dari KL direct to London. Tapi saya sengaja transit di Dubai atau di Istanbul atau Munich atau Casabalanca beberapa hari atau jam. Sebagai ahli bisnes, saya dapat jimat masa, tenaga & lebih penting wang. Saya amat seronok kalau dapat jadual sebegini. Walaupun nampak macam lompat kangaro, ia satu lompatan bermakna. Tiada apa yang dikesalkan. Memang letih sikit tapi ini teori pengurusan masa & wang bijak.
Cuma masalah transit paling mencabar bila masa untuk tukar kapal terbang amat pendik. Sejam atau kurang. Memang ini agak efisyen kalau semuanya menjadi. Kapal terbang sampai tepat masa. Pintu kapalterbang dibuka cepat. Ada parking bay. Ada tangga turun. Bridge dapat digerakkan atau ada pemandunya.
Dalam siri penerbangan saya yang banyak, macam2 saya lalui. Kapal terbang lambat berlepas. Pintu bridge jammed. Pemandu hilang. Parking bay tak ada. Jarak pintu berlepas jauh. Kena berlari berpeluh2.
Kalau dah rasa terlepas pesawat, saya dah ada plan b & plan c. Saya cekap menghafal masa dan route penerbangan syarikat2 lain. Jadi, bila dah confirmed saya terlepas kapal terbang, saya dah ada plan lain bagi sambung travel.
Hanya beberapa lapangan terbang yang cekap. Kalau mereka tahu ada kelewatan pesawat, mereka akan mudahkan urusan transit ke pintu perlepasan yang baru. Mereka amat peka. Malangnya, banyak yang buat tak tahu je.
Kalau terpaksa transit lama & tidak ada program di luar lapangan terbang, sediakan senarai kerja yang boleh dilakukan semasa transit. Banyak karya saya disiapkan semasa transit. Penerbangan & transit bukan masa yang perlu disia2kan. Ia sebahagian kehidupan.
Kreativiti ada di mana2 saja.
MDB